Monday, December 12, 2011

jujur....aku RINDU kamu.........^_^





Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu….^_^..




Thursday, November 3, 2011

PETUA MEMILIH GADIS JELITA.....

 Bismillahirrahmanirrahim,,,
Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
 Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti inimenyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupunbegitu,perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
 Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dankeayuannya.Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'.Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
 Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik padarupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
 Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorangwanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
 Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadisdahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Inimenyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik,sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan dengannya
-----------------------------------------------
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati inisebenarnyya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihatsemuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang terunasedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanyaberpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnyaada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawandengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yangtiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
-----------------------------------------
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan,bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik'ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yangdianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
-----------------------------------------------
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. -Bidalan Cina

 Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
---------------------------------------------------------
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajarsekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagigadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibuadalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
--------------------------------------------------
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Inipenting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. -Bidalan Jerman

 Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
-----------------------------------------------------
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidakbegitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

 Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
--------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anakperempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapatbergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden,pemikirancara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baikbagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akanberundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

 Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
-------------------------------------------------
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbezaberbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -Bidalan Servia

 Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
--------------------------------------------------------------------
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, keranakecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan keranaagama.Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
---------------------------------
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengansegera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan darimembawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangikata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan itali

 Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
--------------------------------------------------------
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi iamerupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin biladia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berfikir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramaipencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

 Elakkan Dari Terlalu Cemburu
----------------------------------------
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memangmenjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

 Layan Dia Dengan Baik
--------------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada parasrupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta andakepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanyaatau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain.Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembulemas.-Bidatan Tamil

Bertanggungjawab
--------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnyamenjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis....



Wednesday, November 2, 2011

Warkah Terakhir Untuk Sahabat


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu....:(



KeTikA JatUh C!Nta,,,,

Bismillahirrahmanirrahim,,,
cinta...oh cinta.......^_^Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui
saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta
izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)


" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib yang diingini oleh hati..


".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
Yakinlah bahwa PILIHAN ALLAH adalah PLIHAN YANG TERBAIK
Ptikan kta2 dripda smber bacaan.


-untuk sahabat yg dihormati...?????,,,^_^-


AKU BUKAN SUMAYYAHMU!




AKU BUKAN SUMAYYAHMU!
Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!