Pada kali ini saya ingin memperkatakan mengenai topik penggunaan ict dikalangan guru pendidikan islam. Alat teknologi pada hari ini bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran termasuklah yang ingin difokuskan disini iaitu mata pelajaran pendidikan Islam. Sebagai individu yang berperanan serta bertanggungjawab melahirkan output yang memenuhi tuntutan masyarakat atau juga melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI, guru PI haruslah bijak dalam mempelbagaikan starategi dalam menyampaikan ilmu dan maklumat termasuklah melalui penggunaan ict. Namun berdasarkan satu analisis kajian yang saya temui sebelum ini, bahawa pengetahuan guru PI mengenai aspek p&p berbantukan komputer adalah rendah. Pada pendapat anda berikan 5 faktor yang mempengaruhi kes diatas.
sekian..
No comments:
Post a Comment