Monday, October 25, 2010

5 FOTO TEKNOLOGI

JAWI PRO TUTOR



Harga RM150, RM210(L.O)
(Sabah & Sarawak - RM200 (L.0 -RM250))


Kos penghantaran : Semenanjung RM10, Sabah /Sarawak RM15
Pakej Latihan adalah dengan kadar yang berpatutan.

Jawi Pro Tutor  Terbahagi kepada beberapa bahagian utama :
1. Jawi Pro Multimedia (Program multimedia)
2. Jawi Pro e-Learning (online)
3. Jawi Pro Chatting (online)
4. Jawi Pro Forum (online)
Jawi Pro MultimediaJawi Pro Multimedia ini merupakan satu program yang memenuhi pelbagai keperluan Pengajaran dan Pembelajaran Jawi. Hal ini boleh ditunjukkan melalui kesan paparan grafik panca warna, bunyi sebutan efek bunyi, pemilihan tajuk, latih tubi, permainan uji minda, Teka Silang KataJawi, Hangman Jawi dan sebagainya, di mana ia meliputi semua tahap mengenal, menulis dan membaca tulisan Jawi. Kesemuanya dipersembahkan dengan gaya yang sangat menarik dan berkesan selaras dengan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran Jawi.

Jawi pro multimedia ada menyediakan satu latihan khas kepada guru-guru yang akan memudahkan mereka mengendalikan kelas kelak. Jawi Tutor merupakan satu aplikasi multimedia yang mudah diikuti dan sangat berkesan kepada para pelajar. Jawi Tutor telah membuktikan bahawa para pelajar mampu membaca Jawi didalam masa 20 jam sesi pelajaran iaitu jika diajar 1 jam seminggu, bermakna bersamaan dengan 20 minggu iaitu 5 bulan. Ini sudah melebihi tempoh sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi tempoh celik Jawi dalam masa 6 bulan.Sekiranya terdapat para pelajar yang keciciran setelah mengikuti program mereka masih berpeluang mengulangi secara individu di makmal komputer untuk mempertingkatkan pelajaran Jawi mereka masing-masing tanpa bantuan instruktor.
Jawi Pro Multimedia terbahagi kepada beberapa modul iaitu:
     Kenal Huruf Jawi
     Cara Penulisan
     Mengeja
     Membaca
     Permainan jawi

Kenal Huruf JawI
Dalam Pelajaran ini pelajar akan didedahkan dengan :
1. Mengenal Huruf Jawi Tunggal
2. Mendengar sebutan huruf-huruf Jawi.
3. Mengenal huruf bersambung.
4. Memperkenalkan huruf-huruf sambungan pada awal, akhir, pangkal dan tunggal.
5. Pelajar akan diuji dengan latihan tubi yang disediakan.


Cara Penulisan
 Dalam pelajaran ini, pelajar akan dapat mengetahui :
1. Bagaimana huruf tunggal jawi dilakukan.
2. Mempelajari beberapa contoh penulisan huruf bersambung.
3. Teknik penulisan dilakukan dengan cara yang betul
4. Diuji dengan latihan tubi untuk mengenal cara penulisan yang betul.


Mengeja
Dalam pelajaran mengeja, pelajar akan boleh mempelajar :
1. Mengenal dan belajar mengeja suku kata.
2. Mengenali suku kata terbuka, suku kata tertutup dan terbuka dan tertutup.
3. Pembelajaran imbuhan jawi.
4. Latihan penguasaan mengenai pelajaran mengeja huruf jawi


Membaca
Dalam pelajaran ini, pelajar akan :
1. Dapat membaca dengan betul berpandukan tulisan rumi.
2. Membaca dengan lancar ayat-ayat jawi yang diberi.
3. Mengenal perkataan-perkataan jawi mwlalui petikan yang diberi.
4. Mengenal tulisan jawi dengan menulis dalam tulisan rumi.


Permainan Jawi
Bahagian ini mengandungi tiga bentuk permainan untuk pelajar belajar sambil berhibur iaitu :
1. Jawi Junior Hangman
2. Jawi Senior Hangman
3. Teka Silang Kata (Cari Perkataan)
                                               
                                             GUARDIANT PRAYER AID ( GPA)

 Menyedari masalah kesukaran untuk mencari arah solat ketika di negara kelahirannya, Thailand, mencetus idea kepada Pelajar Tahun Tiga Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yamilah Samae, mencipta peralatan khas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


Lebih membanggakan, alat ini turut dimanfaatkan golongan cacat penglihatan itu direka bentuk sepenuhnya dalam masa kurang tujuh minggu.
Dengan rekabentuk yang menarik serta mesra pengguna, GPA dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi orang Islam setiap kali ke luar negara, terutama negara bukan Islam, serta Bandar- Bandar yang tida ramai penduduk islam.
Beliau membangunkan alat ini selama hampir empat minggu sebelum membuat analisis dan penambahbaikan.
Keistimewaan GPS
-Dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaiknya penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu.
-Akan mengeluarkan bunyi sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.
-Turut dilengkapkannya dengan bebola pada bahagian atas yang berfungsi seperti tasbih dan papan kekunci yang mempunyai tiga fungsi utama.
-Sekiranya pengguna mahu berwirid, mereka perlu tekan butang pertama (mula), jika mahu berhenti perlu tekan butang tengah dan jika ingin menyambung balik cuma perlu tekan butang ketiga.
-Turut meletakkan satu pin untuk memudahkan pengguna menyelitnya pada poket baju sekiranya ingin membawanya ke mana-mana,” katanya.
Konsep GPA ini telah  menarik perhatian juri dan beliau memenangi tempat pertama pada Persidangan Antarabangsa Dalam Reka Bentuk Alam Sekitar tahun lalu.
Keunikan GPA turut mendapat perhatian kumpulan pemain industri ternama dunia dan pihak UIAM masih dalam perbincangan untuk mencari kaedah terbaik serta mengenalpasti kos y ang paling memadai sebelum mengkomersialkan peralatan berkenaan.

                                                            SPYCAM DETECTIVE



SpyCam Detective boleh mengesan sekiranya terdapat kamera yang dipasang secara sembunyi. Untuk mengelak dari dirakam secara sembunyi, anda hanya perlu menekan butang kuning sambil membuat imbasan ke tempat-tempat yang tidak dapat dilihat bagi memastikan tiada kamera disembunyikan. Sekiranya terdapat kamera tersembunyi dikesan, ia akan mengeluarkan isyarat cahaya LED Biru menyala. Ianya bermanfaat pada wanita teruamanya ntuk menjaga keselamatan dan maruah diri.

Spesifikasi SpyCam Detective:

* Didatangkan khas dengan kotak yg diperbuat daripada besi bagi menjamin ketahanan produk
* Boleh mengesan kamera tersembunyi yang berfrekuensi 100-900MHz,1100/1200/1300/2400MHz
* Mengesan sehingga lingkungan jarak: 0.1-10 meter
* Hanya menggunakan kuasa bateri dengan arus 12v
* Dimensi: 70 x 48 x 18 mm
* Berat: 143 gram

HANYA RM 79

                            MESIN PENGESAN LOGO HALAL (Halal Logo Verification Device).


Kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna terhadap tahap kebersihan makanan kini semakin meningkat, begitu juga dengan kesahihan produk halal.
Bagi para pengguna yang beragama Islam, status halal bagi setiap produk makanan amat dititik beratkan kerana makanan merupakan sumber utama membentuk sahsiah diri.Jika makanan tersebut halal dan bersih maka begitu jugalah diri orang yang menjadikan ia sebagai hidangan.
Namun, kini agak sukar bagi para pengguna yang beragama Islam untuk menentukan kesahihan label atau tanda halal yang diletakan pada setiap produk makanan yang di tawarkan di pasaran.Justeru, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis (UnMAP), Shayfull Zamree Abd. Rahim mereka sebuah mesin pengesan logo halal pada setiap produk makanan yang terdapat dipasaran.
Beliau yang juga ketua penyelidik berkata, biarpun produk-produk makanan yang sedia ada memiliki logo halal namun tanpa disedari ada antaranya telah tamat tempoh.
''Pada masa ini, terdapat pelbagai produk makanan di pasaran yang menggunakan logo halal dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat pengiktirafan sijil halal yang sah dari pihak berkenaan.
''Terdapat juga produk yang telah tamat sijil sah halal dua hingga tiga tahun lepas, tetapi masih menggunakan logo halal tanpa memperbaharuinya," jelasnya ketika di temui di Pameran Kebangsaan Inovasi, Ciptaan dan Teknologi ke 10 (ITEX 10) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Produk tersebut yang dihasilkan mempunyai tiga model, pertama adalah jenis kiosk manakala dua lagi model mudah alih namun sedang dibangunkan.
Produk tersebut telah siap dan sedia untuk dikomersialkan dan pengguna boleh menyemak status halal sesuatu produk sebelum membelinya.
Bagi model tersebut, beliau menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab dapat mewajibkan kiosk tersebut diletakkan di setiap pasar raya diseluruh negara.


                      SHOTCODE : MEMBACA DATA DENGAN KAMERA HP

Shotcode dilatar belakangi oleh kesulitan dalam mencari informasi atau data dalam waktu yang singkat dan seketika pada saat seseorang berhadapan dengan brosur, poster, atau media lain, bahkan saat secara langsung berhadapan dengan produk yang ingin diketahui informasinya. Sehingga dengan munculnya Shotcode dapat membantu dalam mendapatkan informasi secara cepat dan efisen.

Cara Penggunaan
Berikut adalah petunjuk cara penggunaan :
1. Pastikan bahwa handphone anda bisa terhubung keinternet.
2. Jenis Handphone anda kompatible dengan ShotCode Technology.
3. Install dengan baik software ShotCode
4. Jalankan software ShotCode.
5. Ambil gambar ShotCode yang ada pada brosur atau produk. (Usahakan kualitas gambarnya baik) dengan jarak kurang lebih 20 cm (Gambar dapat diambil/shot dari halaman ini!)
6. Kemudian secara otomatis software ShotCode akan mengirim data anda ke Server.
7. Kemudian anda akan mendapatkan informasi yang anda butuhkan.

No comments:

Post a Comment