Albert Einstein, manusia yang didakwa terpintar pada abad 21 pernah mengemukakan teori relatif masa. Beliau mendakwa masa itu bersifat relatif. Bagi satu tempoh masa yang sama, panjang dan pendeknya masa itu dialami secara berbeza bagi setiap individu. Misalannya: tempoh satu jam dirasakan amat lama bagi seseorang yang sedang menanti waktu berbuka puasa manakala tempoh satu jam dirasakan sangat sekejap bagi orang yang sedang menjalani peperiksaan kertas Economy Paper 1
Islam sangat menitikberatkan masa. Malahan kebaikan iman seseorang itu dikaitkan dengan kemampuannya mengurus masa dengan baik. Tambahan pula, umur terlampau singkat untuk dihabiskan untuk benda yang remeh-temeh apatah lagi dihabiskan untuk saling hasad dengki, berdendam, mengadu domba dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Suka menangguhkan kerja serta amal ibadah bukanlah tabiat mereka yang sempurna imannya.
Abdullah bin Umar berkata:
"Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang." (Hadis Bukhari)
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata:
"Jangan ditangguhkan kerja-kerja ini ke masa hadapan kerana kemungkinan nyawa kamu dicabut semasa kamu sedang menangguhkan."
Masa Adalah Makhluk
Sesuatu yang perlu difahami tentang masa ialah masa bersifat makhluk. Oleh itu masa itu sama sahaja tarafnya dengan makhluk-makhluk lain seperti manusia, tumbuh-tumbuhan, mahupun haiwan. Kita diciptakan dan diletakkan di bawah kekuasaan masa. Maka tiada siapa yang mampu menghalang atau merubah masa kerana masa itu bergerak di bawah perintah yang Maha Pencipta. Justeru apabila tibanya kiamat, masa turut sama terhapus dan sebab itulah waktu di akhirat tiada penghujungnya (infiniti).
Harta yang hilang mungkin boleh dicari, ilmu yang sedikit boleh ditambah namun masa yang hilang tidak boleh diganti. Saidina Ali juga pernah mengingatkan bahawa; "Masa ibarat pedang; jika kamu tidak memotongnya nescaya dia akan memotong kamu." Marilah kita sama-sama agar tidak berterusan menjadi 'siput' dalam melakukan sesuatu sedangkan masa bergerak lebih laju daripada itu.
Harta yang hilang mungkin boleh dicari, ilmu yang sedikit boleh ditambah namun masa yang hilang tidak boleh diganti. Saidina Ali juga pernah mengingatkan bahawa; "Masa ibarat pedang; jika kamu tidak memotongnya nescaya dia akan memotong kamu." Marilah kita sama-sama agar tidak berterusan menjadi 'siput' dalam melakukan sesuatu sedangkan masa bergerak lebih laju daripada itu.
No comments:
Post a Comment